Saturday, 15 January 2011

Monolog ku


“bagaimana harus aku nyatakannya?”
Segala-galanya seperti sangat rumit untuk dimengertikan.
Bukan hanya padaku, malahan pada insan laen yang amat aku sayang.
Aku paling tidak gemar buat pilihan, itu yang paling aku benci.
Namun, itulah yang terpaksa aku lalui.
Barangkali, baek bagi kita, sebaliknya pula Dia tentukan.
Maka benarlah sekali firmanNya.

Aku sayang mak. Aku juga sayang kakak.
Aku tak mintak akk untuk selalu memahami aku.
Tapi, aku benar-benar buntu dan dalam kesempitan.
Tidak tahu bagaimana lagi harus aku jelaskan.
Aku bukan manusia sempurna.
Malah, untuk menjadi yang baek pun belum pun aku mampu.
Tapi, apa yang aku janjikan, akan sedaya upaya akan ku kotakan.
Tambahan pula pada insan-insan yang aku sayang.

Kakak. Aku harap dia mengerti.
Walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap menyayanginya seperti nyawaku sendiri.
Seandainya, itu takdirNya yang telah Dia tetapkan, maka aku wajib redho.
Namun, ukhwah ini tidak akan sesekali terhakis walau seinci.
Ingatlah. Kita selalu jauh, namun hati kita selalu dekat.
Ya. Kadang-kadang aku terlalu sibuk. Tapi aku xpernah lupakan akk.
Sedaya upaya aku akan mesej dan telefon akk.
Kalau pun tak sempat buat salah satu daripadanya, HATI aku masih jua merinduimu duhai kakak.

Jika boleh aku minta, walau sudah sekian banyak permintaanku terhadapmu…
Tapi untuk kali ini dan selamanya, tolong jangan akk sama kan aku dengan sahabat-sahabat
akak yang dahulunya pernah melupakan ikatan persahabatan yang suci.
Kerana aku, bukan seperti mereka. Keluarga adalah segala-galanya buatku.
Dan kakak adalah keluarga ku sendiri.
Mana mungkin aku mampu lupakan kakak.

Aku…
Aku cuma mahu akak cuba belajar untuk terima…
Aku tahu aku tak layak untuk menyatakannya…
Tapi aku merayu.
Jangan sama kan aku dengan kawan-kawanmu dahulu.

Aku sayang kakak.
Aku tak sanggup lihat akak mengelak dari berbicara perihal diriku yang akan dijodohkan suatu saat nanti
Aku tahu kakak bersedih hati.
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.
Aku sendiri tak sanggup menghadapinya sendirian.
Tapi, seandainya kakak tidak mampu menerimanya,
Apa pula akan jadi denganku?
Aku susah hati. SANGAT susah hati.
Aku sayang kakak.
Tapi bila mana setiap kali kita berbicara tentang tersebut, kakak pasti sedih dan mengelaknya.
Aku sendiri tidak tahu pada siapa harus aku mengadu melaenkan hanya padaNya.
Aku teringin benar berkongsi rasa dengan kakak…
Tapi, terpaksa aku pendamkannya saja.

Banyak lagi yang terpendam di hati ni.
Tapi cukuplah sekadar ini dahulu.
Hanya dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat aku luahkan.
Adek sayang kakak selamanya.



0 komentar: